Friday, 12 August 2011

hobby

Hobi saya ialah memasak. Saya mula suka memasak sejak daripada saya sudah pandai memasak. Memasak merupakan salah satu terapi tatakala saya ingin melepaskan tekanan.
 #mcm best pulak rasa buat ayat mcm bina ayat kat sekolah


sejak dapat MC puasa nie, seminggu straight rajin masak lunch utk diri sendiri. uishh malu oh nak masak. mana taknya nak menumbuk bawang tu ingat jiran sebelah, belakang rumah tak boleh dengar ke. nak bukak api kat dapur gas tu lagi, pun satu hal jugak. kuat bukan main lagi bunyi --'.


Isnin- dekat sekolah tanya Najihah mcm mana nak masak macaroni. Jiha pun bgtau lah bahan2 yg diperlukan dan step2 yg perlu dilakukan. balik je, teruss pergi kedai beli sos prego. sampai rumah terus masak. utk percubaan kali pertama, ada slack sikit hihi terlebih minyokk! tapi rasa dia maintain.. kira ok la, bolehh la kalau nak makan. menu hari pertama, macaroni, menjadi :)


Selasa- tunggu alang lama lagi nak ambil balik. Nasyitah ajak pergi kedai nak beli topup. tgh mencari makanan utk lunch, ternampaaaaaaaaaaaaakkk soup campbell. harga RM3.90 , duit dlm poket ada RM5. jadi boleh beliii ! hehe pun belilah. balik rumah terus masak. satu tin hadap sorang2 :') . bahagia tau perasaan diaa hee


Rabu- dekat sekolah lagi berangan angan nak makan spaghetti. berharap sgt balik nanti ayah yg ambil sbb nak pergi Giant beli barangg. hehe Allah Maha Mengetahui, mmg betul2 ayah yang ambil :D masuk je dlm kereta, terus ajak ayah pergi Giant, kata nak beli barang nak masak. ayah pun bawaklah pergi. tak cakap apa  oh ayah, hahaha terus ambil bakul, cekau spaghetti, sos carboanara, cheese, button mushroom, hotdog. sekali lagu perasaan bahagiaaaaaaaa yg teramat menyelubungi diri ! balik sediakan bahan, terus masak. campak2 je. dah siap, ayah pulakk ajak menyembang kat dapur. lama jgk la sembangnya, sejuk dah spaghetti tu. khamis pun lunch mc benda yg sama sbb semalam punya spaghetti  tak habisss.


Jumaat- tadi tengah hari masak, nasi goreng cina dengan udang gorang butter ! ni semua tgk internet la punya pasal. ternampak resipi udang goreng butter. campak, tongtang tongtangg kat dapur, siap masak. nasi goreng habis hadap sorang je. udang tinggal sikit utk mak. berbuka td mak makan. HABISSSS! hehehe 


rasaa nak timbang berat lah. mcm dah naik je berat. seminggu straight makan tak ingat duniaa. rezeki Allah bagi kan. nanti Allah dah tarik rezeki dah tak merasa dah. Bersyukur lah dengan apa yang ada :) 
Alhamdulillah.
Next time, nak cuba masak lasagna ;') haritu dah tgk resipi mcm senang je. tinggal nak beli barang. cant waittt! hihi